My photo
Papar, Sabah, Malaysia
Daughter to a lovely parents. A sister/friend/teacher-to-be. Akim's Ucuk.

♥ JOM BELAJAR LOGHAT SABAH! ♥

Salam buat Followers & Stalkers!

Jom Belajar Cakap Sabah!


p/s : page ini inspirasi daripada Mr Dracula.

1. Penggunaan Perkataan "BAH".
Chooppp! Ini bukan BAH - BANJIR okay? Perkataan ini agak FYMES dalam kalangan penduduk Sabah & luar Sabah yang 'eager' nak cakap Sabah. 
Bah dalam loghat Sabah merujuk kepada variasi penggunaan. Contohnya :
  • Sebagai permulaan setiap ayat atau lebih kepada menyabahkan ayat tersebut.
Contoh ayat: Bah, bila lagi kita mau lepak CP ni?
Maksud ayat: Agaknya, bila lagi kita dapat lepak di CP ya? (agak pelik ayat aku!)

  • Sebagai pengakhiran setiap ayat. (penggantian -lah)
Contoh ayat: Ya-bah.
Maksud ayat: Ya-lah.

  • Sebagai kata mengiyakan - lebih kepada "BAIKLAH''/"OKAY".
Contoh ayat (BM Sabah):
-pertanyaan/pernyataan- #Sayang, nanti ko balik tolong beli cendol ah?
-jawapan- #Bah.

Maksud ayat (BM Baku):
-pertanyaan/pernyataan- #Sayang, balik kerja nanti tolong belikan cendol ya?
-jawapan- #Baiklah/ Okay.

Namun, ada sesetengah masyarakat yang diluar coverage Sabah, kadangkala menggunakan perkataan "BAH" ini dengan cara yang salah/ pelik! Contohnya:
  • Sudah makan ka bah? 
  • Sihat ka bah?
  • Kau bila balik bah?
#Maaf! Tapi, itu agak ANNOYING! Pelik & aneh! Bermacam cara penggunaan dah aku jumpa. Bukan semuanya pelik, tapi hampir kesemuanya. 


2. Penggunaan Perkataan "NDAK".
Perkataan ini mulai FYMES bila Marsha Milan Londoh merepek di AF dulu. Mungkin ada sesetengah orang yang berada di luar Sabah rasa agak keliru. 


Okay! This word here stands for TIDAK/TAK!


Contoh ayat: Saya ndak mau pigilah. Malas!
Maksud ayat: Saya tak nak pergilah. Malas!


As simple as that kan? So, start using this two words above! :)


Move on...


3. Penggunaan Perkataan *TEDA*
Okay fellow! This word here stands for TIADA. Ini cuma perkataan/ bahasa pasar di Sabah. Instead of saying TIADA, we choose to say it TEDA. 


Tak perlu ayat contoh untuk itu kan? Semua orang boleh faham agaknya...


4. Penggunaan Perkataan *ANDU BAH*
Ayat di atas itu merujuk kepada tanda kita kesiankan seseorang. To make it clear, to show our symphaty/pity to the person we're talking to...


"Andu bah - Alahai lah"

Get that pip? Good!

5. Penggunaan Perkataan *BUBUT*
Perkataan di atas agak pelik & aneh bukan? Yes! It is. 
Maksudnya, KEJAR!

Bila ada budak-budak kata, *Kami main bubut-bubut bah!*
Maksudnya, *Kami main kejar-kejar lah!*

Funny isn't it? HAHAA :)

6. Penggunaan Perkataan *PALUI* (18SX!)
Haaaa! Ini untuk mencarut.

"Palui - B*doh/ Bang*ng/ etc."


7. Penggunaan Perkataan *LIMPAS*
Hey! Ini bukan adik beradik kepada Mr Lipas okay? HAHA. K tak lawak --'

Contoh ayat: Bang, saya limpas dulu ah?
Maksud ayat: Bang, saya tumpang lalu dulu, ya?

"Limpas - Lalu/pass by"

Okay! Aku rasa semakin semangat nak jadi CIKGU! HAHAA~

p/s : page ini akan di'update' ikut mood & kelantangan otakku berfikir! Sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen okay?

7 comments:

Cik Icha Mnz said...

sabah.. tetap di hati..

Sherly Lily said...

yeaaa. harus itu! :))

Snazzy Naz said...

bahasa sabah bagus bah klu kamurang tau guna. tapi yg pelik kalu org semenanjung trip2 cakap sabah, mmg kelaut la jawabnya. hehee

p.s : dah lama stay sabah smpai pro suda kunuk ckp sabah ni :D

Sherly Lily said...

@snazzy naz bukan setakat ke laut, sampai tak tercapai akal pun ada bah! haha. thanks for reading :D

Nur cyank said...

Maksud Ceng ?

Nur cyank said...

Maksud Ceng ?

Anonymous said...

Enak bhaaa. Aku juga mau ckp sabah. Tapi bau nya seperti orang indo. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...