My photo
Papar, Sabah, Malaysia
Daughter to a lovely parents. A sister/friend/teacher-to-be. Akim's Ucuk.

Saturday, December 31, 2011

aku dan azam baharu :)

Halu-halu bloggers sekalian :)
bersua lagi kita dalam entry yang terakhir buat tahun 2011 ~

bertarikh 31 Disember 2011 ,
penutup bagi tahun yang penuh suka duka buat diri ini :)

aku belajar menjadi seorang yang terbaik sepanjang tahun ini (mungkinlaa) ~
terlalu banyak suka dan duka yang menghiasi hari-hariku yang banyak dihabiskan berjoli bersama rakan-rakan :)

tahun ini juga aku menghadapi ujian demi ujian yang sesekali buat lutut gegar bagai nak rak ~
contoh paling mantap ?
gggrrrrr ! SPM !!!!

tapi , syukur ke hadrat-Nya . semua itu aku dapat jalani dengan tabah :)
berada di samping keluarga , rakan-rakan dan juga si dea yang tersayang buat aku lagi kuat
(^______^)v

so, untuk tahun yang bakal menjelma ni.. 
sudah banyak azam baharu yang meronta-ronta minta dilaksanakan :)

itu termasuklah, nak jadi lagi kurus ah ! ggrrrrrr ~
sudah tersimpan dan terkubur dalam diri azam yang ini! aduuii ~
teringin nak menggayakan baju-baju yang cantik ! HAHAA ~

entahlah! apa-apa pun azam aku untuk tahun yang baharu ini ~
aku cuma mengharapkan yang terbaik buat diriku, keluarga, kawan-kawan dan si dea :)

yang telah berlalu, biarkan terus berlalu :)
harap aku dapat lupakan semua perit yang aku lalui sepanjang tahun ni :)
tahun depan, mesti lagi baik kan?

so, keep it up! keep on moving life :)
and, untuk bloggers sekalian , apa pun azam korang untuk tahun 2012 , hope semua tu korang dapat laksanakan :)

akhir kata sebagai penutup entry yang agak kering dengan idea yang bernas ,
lebih baik sampai sini shaja untuk kali ini .
kang aku merepak meraban pulak dah :)

so, semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan himpunan entry-entry aku yang lagi munasabah!

itu pun kalau diizinkan-Nya ~

Salam 1 Bloggers !





dan seterusnya ...

buat followers dan bloggers sekalian ...
nantikan entry-entry terbaru sempena tahun baharu , azam baharu ..
dan macam-macam lagi yang baharu :)

mungkin dengan laptop baharu ? hidup baharu ?
kerjaya baharu ?

segala-galanya baharu ... dan , mungkin ini perubahan yang baik !
mudah-mudahan ....
(^____________^)v

ini pun entry yang kelam-kabut .
banyak kerja yang harus dilakukan !
al-maklum , masih dalam mood HOLIDAYS !!!

okay-okay . i really need to go ,
jari-jemari pun dah macam nak tercabut nak kejar masa ~

kayy ~
semoga bertemu lagi yaahhh di tahun hadapan yaaahhh !
itu pun kalau diizinkan-Nya :)
~~~~~~~~~~~~~

Salam 1 Bloggers !

Friday, December 16, 2011

Aku dan KERJA ? ;)

Salam !
Hallu hallu Bloggers sekalian !

untuk contengan kali ni . hurmmmm ~
sedang asyik melayani lagu fav , *Selamanya* sambil jari-jemari ligat membalas mesej dari si dea ,
si dea pula bagi satu idea yang agak bernas laa " i would say " ;)

PEKERJAAN !
atau kata dasarnya , KERJA :)
atau boleh juga dikatakan sebagai sumber pendapatan ?
( lemah bab-bab definisi :/ )

~~~~~

bergelar sebagai seorang remaja lepasan SPM .
yeaaah ! sudah tentu mencari kerja merupakan satu daripada agenda yang menjadi * top of my list ! * sekarang ni :)
tetapi,

Thursday, December 15, 2011

Itu Ini Ragam KAMI ! ;)

Salam !
Hallu hallu Bloggers sekalian !

ceittt ! dah beberapa hari tak conteng-conteng :)
al maklum , serangan bertubi-tubi dari mr. batuk dan mr. demam melanda :/
tak larat nak celik kan mata duk menghadap laptop !
haishh ~

tergolek-golek atas katil lagi larut-larut malam ni :)
sambil tunggu game habes didownload :/

sambil terguling-guling ,
fikiran jauh menerawang :D
hahaaa . berangan lagi :)

~~~~~~

duk teringat si dea ~
bila dah tatau idea apa lagi nak sakat my mr. A 
mesti aku duk minta macam-macam kat dea !

ishhh ! dea sayang aku . so ?
dea mestilaa ................................
TAK BAGI PUNYA !

sobs sobs sobsss :/ 
penat kot duk minta macam-macam !
ggrrrrrrrr =='

bila dea tak peduli ,
aku terus tarik muncung panjang-panjang walaupun dea tak nampak :)
( merajuk laa tuuu . hehee )

nak tau apa impian KAMI ?
( actually , lebih kepada impian aku sorang ! hahaa )

~~~~~~
* Permintaan Aku ! *

 1. BANGLO DUA TINGKAT ! :) 

( pedulikan kelibat manusia berbaju pink itu ! perhatikan rumah sahaja . HAHAA ~
ehsan dari pakcik Google )

kayy , ni yang aku selalu duk rengek-rengek kat dea . ggrrr ! aku nak kami ada rumah banglo sendiri :) nak rumah yang besar . aku nak decorate cantik-cantik ! hehee :) kalau susah sangat nak hias , panggil Eric Leong pulak wat surprise ! hebat tak ? HAHAA ~ sangat laa bercita-cita tinggi dan besar :/
tapi , dea selalu kata " buat apa nak ada rumah besar-besar . tinggal flat cukup " . then , aku tarik lagi muncung panjang-panjang mengalahkan itik ! HAHAA ( tipuuu ! )


 2. HONDA CIVIC ;) 

 ( ehsan pakcik Google )

nii lagi satu ! beria-ia aku kata kat dea . nak ada kreta ni pulakk ;) HAHAA . mesti aku bangga kalau dapat kreta ni . haishh ! confirm , bulan-bulan dea tak makan kalau amek keta ni sebijik :/
then , macam biasa . dea kata dea pun dah ad Honda kat rumah tuu kat Bagan Serai :)

( ehsan dari pakcik Google )

haa . lagu ni haa Honda dea :) cuma , dea punya warna hitam . ngee ~ moto tu daa macam madu aku pulak ;) aku salu marah bila moto tu buat hal and si dea mengalami kesukaran untuk berangkat ke tempat kerja . Haishh ~ walaupun si dea cuma ada moto tu , aku bersyukur juga . tapi , tak pernah lagi naek moto ni . ggrrrrrrr !

 3. SAMSUNG GALAXY (fon touch sekerin kononnya)

( ehsan pakcik Google )

HAHAA ! ni lagii permintaan MELAMPAU akibat daripada perasaan cemburu terhadap fon baru dea and rasa bengang terhahap fon aku sendirik yang suda bengap ==' . huhh ! 
satu malam , tak lama sebelum aku memasuki mood SPM , aku minta benda ni kat dea ;)
 Hahaa ~ kononnya kalau dapat 9A baru bole dapat benda ni :/
aduiiii ~

 4. Karaoke Bersama ! ;) 

( ehsan pakcik Google )

ini part aku paling sukaa ! aku suka nyanyi , dan dea suka nyanyi untuk aku . HAHAA ~ 
teringin sangat nak nyanyi sama-sama . aku rasa SWEET ! 
^___________^

~~~~~~~~~~~~~~~

kayy kayy ! enough untuk aku ! part ni maybe yang pelik sikit .
HAHAA ^___________^

ini pulak permintaan dea yang boleh aku katakan agak aneh ! tapi , bila aku duk belek-belek pakcik Google , wujud pulak benda alah ni :/
habes laa aku kali ni . HAHAA ~

* Permintaan Si Dea ! *

( ehsan dari pakcik Google )

bila aku kata kat dea aku nak buat kek , dea kata pulak kat aku dea nak kek yang macam kat atas tu . dea kata nak kek coklat dengan bentuk tengkorak dan bintang sekali di atas kek tu . fiuuuhhhh ~
gegar lutut aihh . ganaihh sungguh . HAHAA ~

~~~~~~

tapii kannn , yang pink macam kat bawah ni lagi cunn kot ? 
^______^

( ehsan dari pakcik Google )

~~~~~~

fuhhh ! penat ~ 
so, itulah impian-impian KAMI yang tatau laa tahun bila baru boleh tercapai . :)
yang penting dea selalu nasihatkan aku supaya belajar rajin-rajin .
bila dah dapat result gempak , dah ada kerja tetap . 
dah jadi CIKGU ( Mudah-mudahan ) , mesti boleh dapat semua tu :)

~~~~~~

sekarang ni , kami berdua cuba nak capai semua impian dalam hidup .
nak senangkan orang tua dulu :)
*parents comes first*
^_______________^


kayyyy , sampai sini saja contengan aku kali ni kayy ?
mata dah berat plus layu :/
jari-jemari dah penat :(
so , hopefully lepas ni dapat bersua lagi di alam maya ni jika diizinkan-Nya ;)

*pye-pye*

Salam 1 Bloggers !

Sunday, December 11, 2011

si dea ? mr. A !

Salam !
Hallu-hallu Bloggers ;)

bersua lagi kita hari ini di ruang alam maya ;)
yaawww ~ entry kali ni , hanya lebih kepada mr. A yang aku gembar-gemburkan di entry yang lepas !
hahaa ~

mr. A atau lebih dikenali sebagai jejaka pujaan hati saya ? ngeee ^__________^
berbunga-bunga hati ini tiap kali suaranya memecah keheningan malam yang sunyi ? ( actually lebih kepada si dea yang seringkali kejutkan den di tengah-tengah malam buta , and cakap berjam-jam ! hahaa )

berkenalan hanya dalam laman M-LIFE , persahabatan yang kami bina sekian lama seringkali mewujudkan rasa curiga dalam kalangan manusia-manusia yang mungkin tidak pernah faham apa sebenarnya erti sebuah PERSAHABATAN ! atau mungkin mereka adalah golongan manusia yang bebal ? 
entahlah ! yang penting , aku dan dea bahagia ;)

dea ? ggrrrr ! apa yang bloggers boleh tau ? 
errr ~~~ 



anak kedua hasil daripada perkahwinan our lovely abah dan umi !
aah ! atau lebih dikenali sebagai " AKIM ATAK " , itu gelaran yang diberi oleh my lovely daddy ;)
hahaa ~

si kacak Akim yang mampu menggetar jiwa ? hahaa ~ entah lah . Tuhan saja yang tahu gelora perasaan ini ;)

terlalu banyak cubaan dan dugaan yang harus aku tempuhi sepanjang perkenalan kami . pahit manis , susah senag kami , buat hubungan kami lagi utuh ;)
Mudah-mudahan :)

dea tempat aku bermanja , menagih kasih , dan dea juga tempat aku melontarkan segala amarah yang terbuku dalam hati ini ;)

dea bukanlah segala-gala bagi aku ! memang hati dea milik aku dan begitu jugak vice versa , namun , kami masih berpijak pada Bumi Allah , dunia yang nyata ;)

terlalu banyak impian , harapan dan cita-cita yang kami pertaruhkan .

~~~~~~~~~

apa pun impian kami , kami hanya mampu sedaya upaya mempertahankan sebuah persahabatan kurniaan-Nya itu dengan sebaik yang mungkin ;)


jodoh kami ? itu RAHSIA Tuhan ;)

apa pun yang terjadi selepas ini , kami hanya mampu serahkan kepada-Nya ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

berbekalkan tenaga yang masih ada , yesss ! aku akhiri contengan kali ini dengan harapan agar kita dapat bertemu lagi di kemudian harinya ! If God Wills ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam 1 Bloggers !

Saturday, December 10, 2011

Luahan Perasaan ! :/

Salam buat semua bloggers !

Entry kali nie, ENTAHLAH! 
Sukar untuk digambarkan tiap perkataan, perasaan yang semakin membelenggu ~
gggrrrrrrrr! 
Yang penting, "mungkin" aku masih waras di sebalik kegilaan yang melanda diri ! semakin menjadi-jadi nampaknya ~

aku mahukan JAWAPAN itu!

Aku duduk di sudut-sudut sebuah bilik kecil , menyorokkan diri daripada makhluk-makhluk Tuhan yang lainnya! 
Entah! 
Aku lebih suka mengasingkan diri daripada ragam-ragam manusia yang berbagai..
Aku yang bagai manusia terkapai-kapai di tengah lautan mencari hala tuju . tapi , hasilnya aku masih terkandas di tengah-tengah lautan itu! 

Yaahhh.. lautan yang itu ! (gggrrrrr!)

Walaupun telinga sudah disumbat dengan wayar "earphone" yang dipinjam dari jiran sebelah rumah ! (ini tipulah sangat okay!), namun masih jugak kedengaran suara-suara makhluk yang bergosip-gosipan! 
(mungkin aku patut lari ke hutan ? eisshhhh !)

Di hadapan pula , kedengaran manusia-manusia bersorak-sorai apabila menjaringkan gooooooaaaaaaaalllllll ! 
Err, sesekali aku menjenguk-jenguk melalui jendela kecil segala gelagat manusia-manusia itu ! mengalahkan gelagat pemain negara!
Menggelecek , mengheret , dan segala meng- yang ada!

Fikiranku jauh melayang! 
Lelah aku merangkak mencari jalan keluar!aku terkandas lagi.. 

Jari-jemariku bagai kaku! 

Kepala meronta-ronta sebagai ingin meracau! 
Ahh ! 
Perasaan itu! Apa agaknya namanya?
marah ? tidaakkk ! ini lebih dari itu !
suka ? noooo ! itu sudah jauh meleset !

Ini lebih kepada kecelaruan yang melanda diri.  
Yaah ! itu jawapannya! aku celaru !
Kusut-masai segala urat-urat di kepalaku..! 
Bagai tersimpul mati.. 
Aku bayangkan, haruskah aku menggunakan segala saiz dan bentuk spanar kepunyaan ayahanda tercinta untuk meleraikan kekusutan itu? 
Ouhhh tidak !
Aku akan menjadi semakin parah !

Kecelaruan ini, kadang-kadang membuat aku terfikir.. 
Apa agaknya kesudahan cerita kita selepas kita bangun esok hari? 
Esok hari, mampukah kita bersorak-sorai lagi?
Mampukah kita bergosip-gosipan lagi?
Apa agaknya kesudahan ayam-ayam jiran sebelah rumahku itu? 
Mampukah lagi mereka memecah kesunyian dengan bunyi kokokan mereka?
Atau, esok hari mereka akan dijadikan santapan malam bondaku yang tersayang? :)

Persoalan-persoalan sedemikian rupa sering mengusutkan kepala ku! 
Otak ku bagai ingin tercampak dari tengkoraknya! 
Aku buntu! 
Jawapan seperti apa agaknya yang aku perlukan? 
Nafas ditarik sedalam-dalamnya !
Aku cuma inginkan kedamaian, hanya itu yang aku perlukan! 
Lantas, aku bertindak untuk terus berdiam dan sedaya upaya merangkak dalam kegelapan! 

Mencari jalan yang mungkin lebih diredhai-Nya ~

Yang penting, apa pun persoalan yang melanda diri ini setiap kalinya, aku masih mampu melawan arus laju ini! 
Aku masih mampu kekal waras setiap kali iman bagaikan tercalar, terhakis sedikit demi sedikit! 

Syukur ke hadrat-Nya !

Apa pun persoalan yang mungkin akan melanda diri selepas ini , jawapannya akan hanya ada satu ! yaah , hanya satu ! DIA ! 
dia punca kekuatan ku! 
dia punca aku masih mampu berdiri GAH daripada manusia yang lainnya! 

Siapa Dia? Dia lah jalan yang benar dan diredhai-Nya ! 


fuuuhhhh! penat menaip! okay-okay ! dengan mata yang kuyu/jari yang longlai, aku akhiri contengan kali ini dan yeaahhh dengan harapan kita dapat bertemu lagi di kemudian harinya. 

"If God Wills" :)

Salam 1 Bloggers ! 

Friday, December 9, 2011

Salam Budi Bicara :)

Salam sebagai pembuka bicara :) 
Setelah berkurun lama duk kepingin nak ad blog sendiri , asyek duk jenguk-jenguk blog orang lain shj .. akhirnya , berkat kesabaran dan tak tidur semalaman semat-mata duk tukaq design beribu kali [sah bohong sunat laa sangat !] terwujud jugak laa blog yang den idam-idamkan selama nie !

So , here am I ! Sherly atau lebih dikenali sebagai Lily dalam kalangan rakan-rakan , sebagai budak setahun jagung dalam dunia per'BLOG'an ni .
Saya mengharapkan tunjuk ajar daripada abang-abang/kakak-kakak/makcik/pakcik atau mungkin MR. Presiden Negara XYZ yang sedang membaca [kalo dea paham bahasa melayu laa , kalo tak tabole nak buat pa laa] sekalian ! 


Amat berpuas hati jugak dengan pembukaan blog baru nie! Hope, apa adanya blog nie diterima. Buat asal ad jea kot ? :)


Setakat ini sahaja salam mesra buat blogger-blogger sekalian!
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki di lain hari , lain waktu untuk kita bersua muka lagi di alam maya nie ! [ cehhhh , ayat !! ] :)


semoga bertemu lagi ! salam 1 Blogger !




[ p/s :: sekarang , waktu untuk melelapkan mata yang dah kuyu macam mata panda :( tapi , perut duk bunyi " kroooohh-kroooohh " minta di isi . cane nie ? konpius daa ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...