My photo
Papar, Sabah, Malaysia
Daughter to a lovely parents. A sister/friend/teacher-to-be. Akim's Ucuk.

Saturday, April 7, 2012

SPM : Sijil Pinangan Malaysia!

Salam untuk semua pembaca and pengikut!


Untuk entry kali ini... Teringin pula nak NAIK-TARIKH (UP-DATE) pasal keputusan SPM yang keluar menghantui para calon SPM 2011 pada 21.03.2012! (spooky u know...!)

(ehsan Pakcik Google)

Eh ehh.. Bukan SPM : Sijil Pinangan Malaysia! (Kalau yang ni, confirm aku yang kena lempang dulu!) Tapi, SPM : Sijil Pelajaran Malaysia!


And so on, saya juga salah seorang daripada para calon yang CUTE lagi COMEL tu...  
Malam sebelum keputusan keluar, bukak FB, ramai gila makhluk-makhluk Tuhan NAIK-TARIKH status pasal SPM...


Contoh-contoh yang paling FYMES :
1. "erggghhhh! Takutnya nak g sekolah esok!"
2. "Boleh tak kalau aku tak g sekolah esok? Korang tolong ambilkan je lah!"
and so on, so on, so on..
Okay.. Aku tahu aku tak champion nak bagi contoh-2, BM pun dapat cukup-2 makan ja! 


Tapi, boleh dikatakan hampir semua calon SPM 2011 di Malaysia ni duk gabra tak hingat dunia. Kannnn..? (okay.. Aku gigil kayy.. GIGIL)


Okay. Merepek!


So, nak dipendekkan cerita.. Keputusan yang aku dapat, cukup-2 makan saja laa.. Apa boleh buat, itu ja yang aku mampu hadiahkan buat parents, para guru, and my Mr. A!


Aku mengharapkan lebih sebenarnya.. Dan aku mengambil masa yang agak lama untuk terima kenyataan bahawa cukup sekadar itu saja yang aku mampu!


(Sebab itu juga aku ambil masa yang lama untuk NAIK-TARIKH blog yang sunyi sepi ni...)


*Buat sedihhhhh....*


So, buat masa sekarang... Aku masih dalam proses memulihkan semangat, dan rohani aku!


Aku sukar untuk menghadam semua itu!


Berbagai reaksi, gelagat yang aku terima selepas keputusan sudah dalam tangan! Mahu atau tidak, aku terpaksa telan semua itu walau terasa pahit..


Tapi, Praise To God... Aku masih mampu untuk terima kenyataan dan berdiri di atas bumi yang nyata! Ngehngehngeh~


(Kalau tak, tak mungkin aku kuat untuk NAIK-TARIKH pasal benda ni.... Kannnnn...?)


Perkembangan terkini..? Tiada apa yang berkembang pesat melainkan aku! Aku terus menerus berkembang dan menjadi semakin comel daripada biasa sebenarnya... 


Aku masih terperuk di rumah. 

The next goal is... Kena tunggu keputusan KEMASUKAN KE UNI/MATRIKS/IPG/POLI and so on pula keluar!


Itu pun boleh buat aku jadi tak keruan! Gila!


Aku hanya mampu tunggu dan lihat apa surat tawaran yang akan datang ketuk pintu rumah grill aku!


p/s : So, FYI.. Keputusan SPM saya cuma 3A2B2C2D. Cukuplah tahu macam tu ja kan..? Apa yang A+,A- dan lain-lain tu tak perlu tahu lah.. Malluuuuuuu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...