My photo
Papar, Sabah, Malaysia
Daughter to a lovely parents. A sister/friend/teacher-to-be. Akim's Ucuk.
Showing posts with label nonsense. Show all posts
Showing posts with label nonsense. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Pengikut Yang Ke-100 ♥

Salam buat followers & stalkers sekalian!


Okayy, here we go...


Demi melaksanakan nawaitu sejak dari berblogger tahun lepas, maka terwujudlah entry yang sangat ringkas ini!


Teeeennnnnnggggg Teeeerrrreeeeeeennnnnggggggg!


Okay, tiada unsur saspen di situ.


Kahkahkahhh~



Ehh ehhhh... 

Itu dia.....

Follower yang bertuah hari ini! Hari ini je lah okay?

Maaf. Tiada hadiah disediakan. Dapat entry especially for you pun jadi lah kan?

Lain kali maybe ada hadiah. If God Wills...

So, buat pembaca yang mungkin terskroll down & tebaca entry ni... Sila lah follow dia sekali okay?

p/s : to Sheera, thanks! Rajin-rajinlah singgah sini lagi.. To all my followers yang lain pula, jangan terasa hati sebab tak buat special entry... heheh.. Tetap LAPPPPPP YOU ALL lah! 

Monday, April 9, 2012

Sekali Manusia, Selamanya Tetap Manusia!

Salam buat para pembaca/pengintip/pengikut dan segala Pe- yang ada..


Sebelum aku mula merapu dengan entry yang entah apa-apa.. Here's go one quote.. Untuk kita renungkan bersama..



“You've gotta dance like there's nobody watching, 
Love like you'll never be hurt, 
Sing like there's nobody listening, 
And live like it's heaven on earth.” 

 Dah baca dan fahamkan maksud di sebalik mutiara kata omputeh tu..?


Apa yang aku dapat proses dan hadam daripada kata-kata itu ialah, hidup di dunia tak perlu pedulikan keadaan sekeliling yang memprotes!


Biar mencaci, dan menghina... Asalkan hati yang SAKIT itu puas!


Namun, dunia ini bukan milik kita seorang.. Masih ada hati perlu dijaga. Masih ada jiran perlu disapa. Masih ada sawah perlu diusaha. Masih ada kewajipan perlu dilaksana!


Bukan..?


Memang! Segelintir manusia sering alpa, lupa itu semua! Mereka buat dunia ini mereka yang punya!


Ada yang gila kuasa! Ada yang gila harta! Ada yang taksub dengan rupa!


Berhenti sebentar dan toleh ke belakang! Lihat apa yang telah kita tinggalkan... 


Berpaling selagi belum terlambat...


Belakangkan kebenaran asalkan nikmat dunia tergapai...


Kenapa..?


Aku tinggalkan soalan itu untuk ANDA semua jawab!


Biar mereka bikin prosa, kita jangan bikin dosa...


Until next time...


Salam 1 Bloggers.

Saturday, April 7, 2012

SPM : Sijil Pinangan Malaysia!

Salam untuk semua pembaca and pengikut!


Untuk entry kali ini... Teringin pula nak NAIK-TARIKH (UP-DATE) pasal keputusan SPM yang keluar menghantui para calon SPM 2011 pada 21.03.2012! (spooky u know...!)

(ehsan Pakcik Google)

Eh ehh.. Bukan SPM : Sijil Pinangan Malaysia! (Kalau yang ni, confirm aku yang kena lempang dulu!) Tapi, SPM : Sijil Pelajaran Malaysia!


And so on, saya juga salah seorang daripada para calon yang CUTE lagi COMEL tu...  
Malam sebelum keputusan keluar, bukak FB, ramai gila makhluk-makhluk Tuhan NAIK-TARIKH status pasal SPM...


Contoh-contoh yang paling FYMES :
1. "erggghhhh! Takutnya nak g sekolah esok!"
2. "Boleh tak kalau aku tak g sekolah esok? Korang tolong ambilkan je lah!"
and so on, so on, so on..
Okay.. Aku tahu aku tak champion nak bagi contoh-2, BM pun dapat cukup-2 makan ja! 


Tapi, boleh dikatakan hampir semua calon SPM 2011 di Malaysia ni duk gabra tak hingat dunia. Kannnn..? (okay.. Aku gigil kayy.. GIGIL)


Okay. Merepek!


So, nak dipendekkan cerita.. Keputusan yang aku dapat, cukup-2 makan saja laa.. Apa boleh buat, itu ja yang aku mampu hadiahkan buat parents, para guru, and my Mr. A!


Aku mengharapkan lebih sebenarnya.. Dan aku mengambil masa yang agak lama untuk terima kenyataan bahawa cukup sekadar itu saja yang aku mampu!


(Sebab itu juga aku ambil masa yang lama untuk NAIK-TARIKH blog yang sunyi sepi ni...)


*Buat sedihhhhh....*


So, buat masa sekarang... Aku masih dalam proses memulihkan semangat, dan rohani aku!


Aku sukar untuk menghadam semua itu!


Berbagai reaksi, gelagat yang aku terima selepas keputusan sudah dalam tangan! Mahu atau tidak, aku terpaksa telan semua itu walau terasa pahit..


Tapi, Praise To God... Aku masih mampu untuk terima kenyataan dan berdiri di atas bumi yang nyata! Ngehngehngeh~


(Kalau tak, tak mungkin aku kuat untuk NAIK-TARIKH pasal benda ni.... Kannnnn...?)


Perkembangan terkini..? Tiada apa yang berkembang pesat melainkan aku! Aku terus menerus berkembang dan menjadi semakin comel daripada biasa sebenarnya... 


Aku masih terperuk di rumah. 

The next goal is... Kena tunggu keputusan KEMASUKAN KE UNI/MATRIKS/IPG/POLI and so on pula keluar!


Itu pun boleh buat aku jadi tak keruan! Gila!


Aku hanya mampu tunggu dan lihat apa surat tawaran yang akan datang ketuk pintu rumah grill aku!


p/s : So, FYI.. Keputusan SPM saya cuma 3A2B2C2D. Cukuplah tahu macam tu ja kan..? Apa yang A+,A- dan lain-lain tu tak perlu tahu lah.. Malluuuuuuu.....

Wednesday, April 4, 2012

Tikk Tokk Tikk Tokkk!

The time is ticking....

Im getting older... and olderrr.. and so on.. so on...

Phewww. I'd wasted my time waiting.... and waiting.. and wait.....

But nothing changed... Nothing ever changed...

I'd must seek for the truth.. For me.. To get through my days..

Maybe it was just the wind blowing....

The water flows.... *swishhh swuussshhh*

Or maybe it was just me..

Hiding myself behind the shadows..., of my own....

p/s : Maybe I need some time... Or maybe I dont need anything else but Him...

Friday, January 13, 2012

Wauuu ! Sedapnya ! :)

"Abang, cokelat satu!", sambil tersengih-sengih sembunyikan perut buncitku. Ehh? Hahaa :)
"Mummy ! Lapar !", bentak perut yang berlagu himpunan lagu-lagu rock! ggrrrr!

Yes! Aku memang suka makan! Makan, makan dan makan lagi! 
Lebih-lebih lagi sepanjang cuti bersalin
Ehh? Bukan-bukan! Cuti rehat dari zaman persekolahan lah . Haduii ! Mungkin , aku dan makanan memang sudah ditakdirkan untuk bersama sejak dari azali lagi ? (eehhhh! melampau laa!)

Rutin harian aku dihiasi dengan makanan yang berbagai jenis! (cisss..! dorang goda-goda aku lah! tak tipu!)

Di pagi hari , aku belai perut aku dengan sarapan kopi kaw-kaw homemade atau milo pekat segelas . 

Waktu tengahari aku pula disirami dengan makanan yang banyak bagai! Rasa nak termuntah, diturutkan juga kata nafsu!
Haa, telan lah semua makanan tu. Hihii :)

Petang? Uihhh.. Kuih-muih habis semua sapu licin :) Hebat kan?

Malam.. Mula lah perut rasa senak semacam takmau makn! Tapi, diturutkan juga kata nafsu kata "TERIMA , TERIMA !"

Tu lah masalah aku! Dan kerana itu juga lah, sekarang aku jadi semakin COMEL! :)

Teman rapat aku sekarang? Mr. Obesiti! Setia menemaniku ke mana sahaja.
Aku duk shu-shhuuhh pun dia tamau blah? Cana tu? 
SEDIH !

Makin lama, makin menCOMEL badan aku dimamah kelazatan makanan. :)
Walaupun Mr. A tak banyak huhahuhaa, tapi aku tetap malu jugak bila berdepan dengan orang ramai :)
Malunya, Tuhan saja yang tahu...

Bukan tak mahu hargai kurniaan Tuhan, tapi bila sering diKEJI dan diHINA, self-confidence pun jadi down...

Melampau makhluk-makhluk tu, tapi bila di fikirkan balik ni salah aku jugak. Kan?
Sapa suruh takamau taubat...
Kadang-kadang , jatuh jugak air jernih mengenangkan nasib badan...

Sekarang, memang aku dah sedar. Aku kena berubah kan? Aku pun nak KURUS... :)
So, actually aku dah tekad nak diet !
Yeahhh! Aku harus berubah!

Kan? Mudah-mudahan berjaya! Yeaahh.. Semangat lebih :)


p/s : macamana nak berubah ? tengah-tengah nak menaip ni pun sempat melantak puding jagung segelas plus 3-4 ulas durian . ggrrrr . nafsu-nafsu !

Thursday, December 15, 2011

Itu Ini Ragam KAMI ! ;)

Salam !
Hallu hallu Bloggers sekalian !

ceittt ! dah beberapa hari tak conteng-conteng :)
al maklum , serangan bertubi-tubi dari mr. batuk dan mr. demam melanda :/
tak larat nak celik kan mata duk menghadap laptop !
haishh ~

tergolek-golek atas katil lagi larut-larut malam ni :)
sambil tunggu game habes didownload :/

sambil terguling-guling ,
fikiran jauh menerawang :D
hahaaa . berangan lagi :)

~~~~~~

duk teringat si dea ~
bila dah tatau idea apa lagi nak sakat my mr. A 
mesti aku duk minta macam-macam kat dea !

ishhh ! dea sayang aku . so ?
dea mestilaa ................................
TAK BAGI PUNYA !

sobs sobs sobsss :/ 
penat kot duk minta macam-macam !
ggrrrrrrrr =='

bila dea tak peduli ,
aku terus tarik muncung panjang-panjang walaupun dea tak nampak :)
( merajuk laa tuuu . hehee )

nak tau apa impian KAMI ?
( actually , lebih kepada impian aku sorang ! hahaa )

~~~~~~
* Permintaan Aku ! *

 1. BANGLO DUA TINGKAT ! :) 

( pedulikan kelibat manusia berbaju pink itu ! perhatikan rumah sahaja . HAHAA ~
ehsan dari pakcik Google )

kayy , ni yang aku selalu duk rengek-rengek kat dea . ggrrr ! aku nak kami ada rumah banglo sendiri :) nak rumah yang besar . aku nak decorate cantik-cantik ! hehee :) kalau susah sangat nak hias , panggil Eric Leong pulak wat surprise ! hebat tak ? HAHAA ~ sangat laa bercita-cita tinggi dan besar :/
tapi , dea selalu kata " buat apa nak ada rumah besar-besar . tinggal flat cukup " . then , aku tarik lagi muncung panjang-panjang mengalahkan itik ! HAHAA ( tipuuu ! )


 2. HONDA CIVIC ;) 

 ( ehsan pakcik Google )

nii lagi satu ! beria-ia aku kata kat dea . nak ada kreta ni pulakk ;) HAHAA . mesti aku bangga kalau dapat kreta ni . haishh ! confirm , bulan-bulan dea tak makan kalau amek keta ni sebijik :/
then , macam biasa . dea kata dea pun dah ad Honda kat rumah tuu kat Bagan Serai :)

( ehsan dari pakcik Google )

haa . lagu ni haa Honda dea :) cuma , dea punya warna hitam . ngee ~ moto tu daa macam madu aku pulak ;) aku salu marah bila moto tu buat hal and si dea mengalami kesukaran untuk berangkat ke tempat kerja . Haishh ~ walaupun si dea cuma ada moto tu , aku bersyukur juga . tapi , tak pernah lagi naek moto ni . ggrrrrrrr !

 3. SAMSUNG GALAXY (fon touch sekerin kononnya)

( ehsan pakcik Google )

HAHAA ! ni lagii permintaan MELAMPAU akibat daripada perasaan cemburu terhadap fon baru dea and rasa bengang terhahap fon aku sendirik yang suda bengap ==' . huhh ! 
satu malam , tak lama sebelum aku memasuki mood SPM , aku minta benda ni kat dea ;)
 Hahaa ~ kononnya kalau dapat 9A baru bole dapat benda ni :/
aduiiii ~

 4. Karaoke Bersama ! ;) 

( ehsan pakcik Google )

ini part aku paling sukaa ! aku suka nyanyi , dan dea suka nyanyi untuk aku . HAHAA ~ 
teringin sangat nak nyanyi sama-sama . aku rasa SWEET ! 
^___________^

~~~~~~~~~~~~~~~

kayy kayy ! enough untuk aku ! part ni maybe yang pelik sikit .
HAHAA ^___________^

ini pulak permintaan dea yang boleh aku katakan agak aneh ! tapi , bila aku duk belek-belek pakcik Google , wujud pulak benda alah ni :/
habes laa aku kali ni . HAHAA ~

* Permintaan Si Dea ! *

( ehsan dari pakcik Google )

bila aku kata kat dea aku nak buat kek , dea kata pulak kat aku dea nak kek yang macam kat atas tu . dea kata nak kek coklat dengan bentuk tengkorak dan bintang sekali di atas kek tu . fiuuuhhhh ~
gegar lutut aihh . ganaihh sungguh . HAHAA ~

~~~~~~

tapii kannn , yang pink macam kat bawah ni lagi cunn kot ? 
^______^

( ehsan dari pakcik Google )

~~~~~~

fuhhh ! penat ~ 
so, itulah impian-impian KAMI yang tatau laa tahun bila baru boleh tercapai . :)
yang penting dea selalu nasihatkan aku supaya belajar rajin-rajin .
bila dah dapat result gempak , dah ada kerja tetap . 
dah jadi CIKGU ( Mudah-mudahan ) , mesti boleh dapat semua tu :)

~~~~~~

sekarang ni , kami berdua cuba nak capai semua impian dalam hidup .
nak senangkan orang tua dulu :)
*parents comes first*
^_______________^


kayyyy , sampai sini saja contengan aku kali ni kayy ?
mata dah berat plus layu :/
jari-jemari dah penat :(
so , hopefully lepas ni dapat bersua lagi di alam maya ni jika diizinkan-Nya ;)

*pye-pye*

Salam 1 Bloggers !

Saturday, December 10, 2011

Luahan Perasaan ! :/

Salam buat semua bloggers !

Entry kali nie, ENTAHLAH! 
Sukar untuk digambarkan tiap perkataan, perasaan yang semakin membelenggu ~
gggrrrrrrrr! 
Yang penting, "mungkin" aku masih waras di sebalik kegilaan yang melanda diri ! semakin menjadi-jadi nampaknya ~

aku mahukan JAWAPAN itu!

Aku duduk di sudut-sudut sebuah bilik kecil , menyorokkan diri daripada makhluk-makhluk Tuhan yang lainnya! 
Entah! 
Aku lebih suka mengasingkan diri daripada ragam-ragam manusia yang berbagai..
Aku yang bagai manusia terkapai-kapai di tengah lautan mencari hala tuju . tapi , hasilnya aku masih terkandas di tengah-tengah lautan itu! 

Yaahhh.. lautan yang itu ! (gggrrrrr!)

Walaupun telinga sudah disumbat dengan wayar "earphone" yang dipinjam dari jiran sebelah rumah ! (ini tipulah sangat okay!), namun masih jugak kedengaran suara-suara makhluk yang bergosip-gosipan! 
(mungkin aku patut lari ke hutan ? eisshhhh !)

Di hadapan pula , kedengaran manusia-manusia bersorak-sorai apabila menjaringkan gooooooaaaaaaaalllllll ! 
Err, sesekali aku menjenguk-jenguk melalui jendela kecil segala gelagat manusia-manusia itu ! mengalahkan gelagat pemain negara!
Menggelecek , mengheret , dan segala meng- yang ada!

Fikiranku jauh melayang! 
Lelah aku merangkak mencari jalan keluar!aku terkandas lagi.. 

Jari-jemariku bagai kaku! 

Kepala meronta-ronta sebagai ingin meracau! 
Ahh ! 
Perasaan itu! Apa agaknya namanya?
marah ? tidaakkk ! ini lebih dari itu !
suka ? noooo ! itu sudah jauh meleset !

Ini lebih kepada kecelaruan yang melanda diri.  
Yaah ! itu jawapannya! aku celaru !
Kusut-masai segala urat-urat di kepalaku..! 
Bagai tersimpul mati.. 
Aku bayangkan, haruskah aku menggunakan segala saiz dan bentuk spanar kepunyaan ayahanda tercinta untuk meleraikan kekusutan itu? 
Ouhhh tidak !
Aku akan menjadi semakin parah !

Kecelaruan ini, kadang-kadang membuat aku terfikir.. 
Apa agaknya kesudahan cerita kita selepas kita bangun esok hari? 
Esok hari, mampukah kita bersorak-sorai lagi?
Mampukah kita bergosip-gosipan lagi?
Apa agaknya kesudahan ayam-ayam jiran sebelah rumahku itu? 
Mampukah lagi mereka memecah kesunyian dengan bunyi kokokan mereka?
Atau, esok hari mereka akan dijadikan santapan malam bondaku yang tersayang? :)

Persoalan-persoalan sedemikian rupa sering mengusutkan kepala ku! 
Otak ku bagai ingin tercampak dari tengkoraknya! 
Aku buntu! 
Jawapan seperti apa agaknya yang aku perlukan? 
Nafas ditarik sedalam-dalamnya !
Aku cuma inginkan kedamaian, hanya itu yang aku perlukan! 
Lantas, aku bertindak untuk terus berdiam dan sedaya upaya merangkak dalam kegelapan! 

Mencari jalan yang mungkin lebih diredhai-Nya ~

Yang penting, apa pun persoalan yang melanda diri ini setiap kalinya, aku masih mampu melawan arus laju ini! 
Aku masih mampu kekal waras setiap kali iman bagaikan tercalar, terhakis sedikit demi sedikit! 

Syukur ke hadrat-Nya !

Apa pun persoalan yang mungkin akan melanda diri selepas ini , jawapannya akan hanya ada satu ! yaah , hanya satu ! DIA ! 
dia punca kekuatan ku! 
dia punca aku masih mampu berdiri GAH daripada manusia yang lainnya! 

Siapa Dia? Dia lah jalan yang benar dan diredhai-Nya ! 


fuuuhhhh! penat menaip! okay-okay ! dengan mata yang kuyu/jari yang longlai, aku akhiri contengan kali ini dan yeaahhh dengan harapan kita dapat bertemu lagi di kemudian harinya. 

"If God Wills" :)

Salam 1 Bloggers ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...