My photo
Papar, Sabah, Malaysia
Daughter to a lovely parents. A sister/friend/teacher-to-be. Akim's Ucuk.
Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

SPM : Sijil Pinangan Malaysia!

Salam untuk semua pembaca and pengikut!


Untuk entry kali ini... Teringin pula nak NAIK-TARIKH (UP-DATE) pasal keputusan SPM yang keluar menghantui para calon SPM 2011 pada 21.03.2012! (spooky u know...!)

(ehsan Pakcik Google)

Eh ehh.. Bukan SPM : Sijil Pinangan Malaysia! (Kalau yang ni, confirm aku yang kena lempang dulu!) Tapi, SPM : Sijil Pelajaran Malaysia!


And so on, saya juga salah seorang daripada para calon yang CUTE lagi COMEL tu...  
Malam sebelum keputusan keluar, bukak FB, ramai gila makhluk-makhluk Tuhan NAIK-TARIKH status pasal SPM...


Contoh-contoh yang paling FYMES :
1. "erggghhhh! Takutnya nak g sekolah esok!"
2. "Boleh tak kalau aku tak g sekolah esok? Korang tolong ambilkan je lah!"
and so on, so on, so on..
Okay.. Aku tahu aku tak champion nak bagi contoh-2, BM pun dapat cukup-2 makan ja! 


Tapi, boleh dikatakan hampir semua calon SPM 2011 di Malaysia ni duk gabra tak hingat dunia. Kannnn..? (okay.. Aku gigil kayy.. GIGIL)


Okay. Merepek!


So, nak dipendekkan cerita.. Keputusan yang aku dapat, cukup-2 makan saja laa.. Apa boleh buat, itu ja yang aku mampu hadiahkan buat parents, para guru, and my Mr. A!


Aku mengharapkan lebih sebenarnya.. Dan aku mengambil masa yang agak lama untuk terima kenyataan bahawa cukup sekadar itu saja yang aku mampu!


(Sebab itu juga aku ambil masa yang lama untuk NAIK-TARIKH blog yang sunyi sepi ni...)


*Buat sedihhhhh....*


So, buat masa sekarang... Aku masih dalam proses memulihkan semangat, dan rohani aku!


Aku sukar untuk menghadam semua itu!


Berbagai reaksi, gelagat yang aku terima selepas keputusan sudah dalam tangan! Mahu atau tidak, aku terpaksa telan semua itu walau terasa pahit..


Tapi, Praise To God... Aku masih mampu untuk terima kenyataan dan berdiri di atas bumi yang nyata! Ngehngehngeh~


(Kalau tak, tak mungkin aku kuat untuk NAIK-TARIKH pasal benda ni.... Kannnnn...?)


Perkembangan terkini..? Tiada apa yang berkembang pesat melainkan aku! Aku terus menerus berkembang dan menjadi semakin comel daripada biasa sebenarnya... 


Aku masih terperuk di rumah. 

The next goal is... Kena tunggu keputusan KEMASUKAN KE UNI/MATRIKS/IPG/POLI and so on pula keluar!


Itu pun boleh buat aku jadi tak keruan! Gila!


Aku hanya mampu tunggu dan lihat apa surat tawaran yang akan datang ketuk pintu rumah grill aku!


p/s : So, FYI.. Keputusan SPM saya cuma 3A2B2C2D. Cukuplah tahu macam tu ja kan..? Apa yang A+,A- dan lain-lain tu tak perlu tahu lah.. Malluuuuuuu.....

Wednesday, March 21, 2012

21.03.2012 -its now or never-

Salam all !

Phewww ! Dah berhabuk sangat dah blog ni. Maaf sebab dah lama tak update :)
Bukan disengajakan, just agak sibuk sekarang ni...
(padahal, duk berebut lappy dengan adik-adik --')

Jyeaah guys! Semua yang mungkin membaca, hari ini semua calon SPM 2011 akan kembali ke sekolah!
Eh! Bukan untuk join adik-adik tu belajar dalam kelas....
Laa ni, kami-kami semua nak p beratur ikut kelas.........ambil slip keputusan !!
( kenapa entah ayat aku macam skema habis?)

Pheeewwwwww! Awal gilaa aku bangun harini..
Semata-mata untuk merapu sorang-sorang dalam bilik...
Tekanan wa cakap sama lu...!

Anywhere, hari ini semua para calon SPM 2011 tu hanya akan melangkah keluar dari sekolah
dengan 2 jenis perasaan...
"GEMBIRA dan SEDIH"

Aku berada dalam golongan yang mana? Aku hanya mampu tungguu dan lihat...
Yang penting, usaha sudah dilakukan sebaik mungkin...
Sekarang, aku hanya mampu bertawakal...

Jyeaah! Apa pun keputusannya, pasti banyak peluang lain yang mendatang...!
Harap aku dan semua calon SPM 2011 akan bersabar...!
Semoga kita pulang berbekalkan kejayaan...!
Amiiin~

(antara batch SPM 2011 yang gila-gilaa...!)

Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun ini atau tahun-tahun yang mendatang,
 usahalah sebaik mungkin.. Jangan tunggu hingga sudah cukup terlambat.. 
Kelak, menyesal seumur hidup pun tidak berguna :)

So, until next time...! If God wills...

Salam 1 Bloggers...!

Saturday, December 31, 2011

aku dan azam baharu :)

Halu-halu bloggers sekalian :)
bersua lagi kita dalam entry yang terakhir buat tahun 2011 ~

bertarikh 31 Disember 2011 ,
penutup bagi tahun yang penuh suka duka buat diri ini :)

aku belajar menjadi seorang yang terbaik sepanjang tahun ini (mungkinlaa) ~
terlalu banyak suka dan duka yang menghiasi hari-hariku yang banyak dihabiskan berjoli bersama rakan-rakan :)

tahun ini juga aku menghadapi ujian demi ujian yang sesekali buat lutut gegar bagai nak rak ~
contoh paling mantap ?
gggrrrrr ! SPM !!!!

tapi , syukur ke hadrat-Nya . semua itu aku dapat jalani dengan tabah :)
berada di samping keluarga , rakan-rakan dan juga si dea yang tersayang buat aku lagi kuat
(^______^)v

so, untuk tahun yang bakal menjelma ni.. 
sudah banyak azam baharu yang meronta-ronta minta dilaksanakan :)

itu termasuklah, nak jadi lagi kurus ah ! ggrrrrrr ~
sudah tersimpan dan terkubur dalam diri azam yang ini! aduuii ~
teringin nak menggayakan baju-baju yang cantik ! HAHAA ~

entahlah! apa-apa pun azam aku untuk tahun yang baharu ini ~
aku cuma mengharapkan yang terbaik buat diriku, keluarga, kawan-kawan dan si dea :)

yang telah berlalu, biarkan terus berlalu :)
harap aku dapat lupakan semua perit yang aku lalui sepanjang tahun ni :)
tahun depan, mesti lagi baik kan?

so, keep it up! keep on moving life :)
and, untuk bloggers sekalian , apa pun azam korang untuk tahun 2012 , hope semua tu korang dapat laksanakan :)

akhir kata sebagai penutup entry yang agak kering dengan idea yang bernas ,
lebih baik sampai sini shaja untuk kali ini .
kang aku merepak meraban pulak dah :)

so, semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan himpunan entry-entry aku yang lagi munasabah!

itu pun kalau diizinkan-Nya ~

Salam 1 Bloggers !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...