"Abang, cokelat satu!", sambil tersengih-sengih sembunyikan perut buncitku. Ehh? Hahaa :)
"Mummy ! Lapar !", bentak perut yang berlagu himpunan lagu-lagu rock! ggrrrr!
Yes! Aku memang suka makan! Makan, makan dan makan lagi!
Lebih-lebih lagi sepanjang cuti bersalin.
Ehh? Bukan-bukan! Cuti rehat dari zaman persekolahan lah . Haduii ! Mungkin , aku dan makanan memang sudah ditakdirkan untuk bersama sejak dari azali lagi ? (eehhhh! melampau laa!)
Rutin harian aku dihiasi dengan makanan yang berbagai jenis! (cisss..! dorang goda-goda aku lah! tak tipu!)
Di pagi hari , aku belai perut aku dengan sarapan kopi kaw-kaw homemade atau milo pekat segelas .
Waktu tengahari aku pula disirami dengan makanan yang banyak bagai! Rasa nak termuntah, diturutkan juga kata nafsu!
Haa, telan lah semua makanan tu. Hihii :)
Petang? Uihhh.. Kuih-muih habis semua sapu licin :) Hebat kan?
Malam.. Mula lah perut rasa senak semacam takmau makn! Tapi, diturutkan juga kata nafsu kata "TERIMA , TERIMA !"
Tu lah masalah aku! Dan kerana itu juga lah, sekarang aku jadi semakin COMEL! :)
Teman rapat aku sekarang? Mr. Obesiti! Setia menemaniku ke mana sahaja.
Aku duk shu-shhuuhh pun dia tamau blah? Cana tu?
SEDIH !
Makin lama, makin menCOMEL badan aku dimamah kelazatan makanan. :)
Walaupun Mr. A tak banyak huhahuhaa, tapi aku tetap malu jugak bila berdepan dengan orang ramai :)
Malunya, Tuhan saja yang tahu...
Bukan tak mahu hargai kurniaan Tuhan, tapi bila sering diKEJI dan diHINA, self-confidence pun jadi down...
Melampau makhluk-makhluk tu, tapi bila di fikirkan balik ni salah aku jugak. Kan?
Sapa suruh takamau taubat...
Kadang-kadang , jatuh jugak air jernih mengenangkan nasib badan...
Sekarang, memang aku dah sedar. Aku kena berubah kan? Aku pun nak KURUS... :)
So, actually aku dah tekad nak diet !
Yeahhh! Aku harus berubah!
Kan? Mudah-mudahan berjaya! Yeaahh.. Semangat lebih :)
p/s : macamana nak berubah ? tengah-tengah nak menaip ni pun sempat melantak puding jagung segelas plus 3-4 ulas durian . ggrrrr . nafsu-nafsu !