Agak lama aku menyepikan diri dari berblogging! Kenapa? Entahlah. Kepala agak sarat dengan macam-macam benda!
Antaranya :
1. Kemasukan Ke Matrikulasi.
Dapat ka? Dapat? Dapat? Ohh tidak! Hanya mampu bermimpi agaknya...
Kenapa? Sebab aku hanya mampu melambai-lambai tangan melihat kawan-kawanku berangkat!
2. Temuduga/Kemasukan Ke IPGM.
Ini impian aku! Nak jadi guru kononnya... Aku mohon Program TESL & Sejarah. Apa yang aku dapat? Hampa. Musnah. Hancur berkecai bak kaca. Cehhhhhh. Kahkahkah~
3. Kemasukan Ke IPTA/Politeknik.
OhhhMaiiiGucci... Yang ni pun aku..... Tak dapat.....
Berbekalkan hanya 3A, 7 kredit pun tak dapat. Lara lagi lah nampaknya!
4. Kemasukan Ke Tingkatan Enam.
Rasa-rasa aku dapat tak? Ce teka ce teka!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okay! Yang ni aku dapat. Berwarna-warni tulisan TAHNIAH tu bila aku semak..!
Agak teruja uga sebenarnya. Walaupun terpaksa melangkah masuk ke sekolah lagi! Tapi, mungkin di situ takdir aku. Di situ aku akan cipta kejayaan aku sendiri!
Yaaa! Aku bersemangat! Baju sekolah, dengan kain warna kelabu! Kasut warna hitam. Beg baharu! Aku semangat!
Kerana apa?
Aku ingin buktikan pada orang-orang yang duk cemuh aku yang aku pun boleh berjaya! 1 tahun 6 bulan sebagai pelajar Pra-U tu aku tak akan sia-siakan lagi!
Biarlah mereka duk mengata sepuas hati...
So, yang taknak join depa mengata bagai tu.... Mohon jasa baik korang, doakan aku & kawan-kawan agar jalan hidup aku sebagai pelajar Pra-U dipermuahkan-Nya.
Amin.
Until next time.
xoxo